28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor terima kunjungan hormat JBPM Keningau.

Robert (tengah) bersama Yuszaimi Hairrul Azwan dan tiga lagi Pegawai Kanan JBPM Keningau.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM ) Keningau.

Rombongan empat orang pegawai Bomba dan Penyelamat Keningau diketuai oleh Ketu Zon JBPM Keningau Yuszaimi Hairrul Azwan Bin Juatan.

Dalam kunjungan itu Yuszaimi Hairrul Azwan memberi sedikit pencerahan dan membincangkan bersama Robert mengenai program-program jabatan itu yang akan diadakan sepanjang tahun ini.

Robert yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyambut baik dan akan sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan terhadap program-program yang dirancang oleh pihak JBPM Keningau.

Beliau menaruh harapan, program-program tersebut dapat mendekati masyarakat di daerah ini sekali gus dapat mencapai piawaian visi dan misi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Yuszaimi Hairrul Azwan amat berterima kasih kepada Robert atas kesediaan menerima kunjungan mereka.

Ruang yang diberikan oleh Robert membolehkan kepada semua anggota jabatan di daerah ini mendapat semangat dan motivasi kerja dalam mengalas tanggungjawab kepada masyarakat sejajar dengan moto JBPM iaitu Sedia Menyelamat, Cepat Dan Mesra.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN