27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor terima kunjungan hormat Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan Keningau.

Robert (kanan) dan Awang (dua dari kanan) bersama dua orang staf Jabatan Penerangan Keningau.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik@Nordin menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan Keningau.

Rombongan seramai tiga orang itu diketuai oleh Pegawainya Awang Mamun adalah yang pertama tahun ini.

Dalam kunjungan tersebut Awang Mamun memberi taklimat kepads Robert mengenai program dan aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan Keningau atas kunjungan tersebut

“Kunjungan tersebut amat bermanafaat sekali di mana kedua-dua pihak dapat bertukar-tukar pendapat berhubung isu-isu semasa yang berhubung kait dengan peranan dan fungsi Jabatan Penerangan” kata Robert.

Beliau menaruh harapan dan berkeyakinan Jabatan Penerangan dapat menyalurkan dasar-dasar dan program program kerajaan kepada rakyat.

Katanya, rakyat perlu diberikan info yang jelas mengenai apa yang telah dijalankan oleh Kerajaan masa ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN