Dr Ridwan (dua dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Robert.
KENINGAU: Hospital Daerah Keningau membuat kunjungan hormat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin di Pejabatnya.
Rombongan seramai empat orang diketuai oleh Pengarah Hospital Daerah Keningau Dr Ridwan Bin Hashim.
Semasa kunjungan tersebut Dr Ridwan memberi penjelasan tentang program dan aktiviti hospital Daerah Keningau yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.
Ridzuan mengucapkan terima kasih kepada Robert atas kesediaan menerima kunjungan mereka walaupun kesibukan dengan program menyantuni rakyatnya di DUN Bingkor.
Sementara itu, Robert amat mengalu-alukan kunjungan tersebut yang mana katanya kunjungan tersebut begitu bererti dalam hubungan dua hala.
Katanya, ini menunjukan komitmen yang ditunjukkan oleh Hospital Daerah Keningau khususnya Pengarahnya.
Terdahulu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dikunjungi oleh rombongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) Kawasan Keningau di Pejabatnya.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengurus KWSP Cawangan Keningau Joshua Tomas.
Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak bertukar-tukar fikiran
berhubung kait dengan peranan KWSP dalam membantu pekerja yang mencarum dengan KWSP.
Robert berterima kasih atas kunjungan tersebut yang amat bermakna dalam hubungan dua hala diantara kedua-dua pihak
Beliau amat mengalu alukan mana mana pihak yang membuat kunjungan.
Kerana dengan adanya kunjungan serupa itu ianya dapat merapatkan hubungan dua hala yang lebih berkesan.