Robert semasa menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Bertindak Kampung Ria Atas.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Bertindak Kawasan Perkampungan Kampung Ria Atas yang diketuai oleh Pengerusinya Andrew Bin Badsut.
Semasa menerima kunjungan itu Robert yang Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, beliau sedia menerima mana-mana pihak yang membuat kunjungan hormat kepadanya.
Katanya, melalui kunjungan hormat bukan sahaja merapatkan lagi hubungan tetapi ia menjadi ruang untuk bertukar-tukar pendapat dan sekali gus pemimpin mengetaui lebih dekat masalah rakyat.
Sementara itu Andrew merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Robert atas kesudian menerima kunjungan mereka.
Katanya, walaupun dalam kesibukan tugasan harian beliau (Robert dapat memberikan ruang dan masa serta peluang bagi mereka untuk bertukar-tukar fikiran dan menyampaikan perancangan pembangunan di Kampung Ria Atas.