26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor Robert berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Masjid Nur Islam Kg.Binaong

Robert menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis itu.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berbuka puasa bersama-sama dengan masyarakat Islam di Masjid Nur Islam Kampung Binaong pada Ahad.

Majlis berbuka puasa itu dihadiri kira-kira seramai 80 orang penduduk Kampung Binaong dan sekitarnya.

Pada majlis itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf, mualaf dan ibu tunggal serta cenderahati kepada pelbagai kategori. 

Robert berterima kasih  atas jemputan kepadanya dan berharap hubungan silaturahim antara masyarakat akar umbi dan pemimpin akan terus kekal selamanya.

“Semoga segala amal ibadat kita juga sepanjang bulan Ramadan ini diterima oleh Allah SWT dan diberikan sebaik-baik ganjaran” katanya.

Turut hadir Pengerusi Masjid Nur Islam Kampung Binaong  Zaki Zakaria dan Imam Masjid Faizal Yahya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN