Robert (dua dari kanan) semasa melawat kejadian runtuhan tebing itu.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin melawat runtuhan tebing sungai Apin-Apin yang berlaku berhampiran muka sauk Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) di Kampung Nuntunan Apin-Apin.
Katanya, beliau bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Nuntunan Puan Bibiana Lasius.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, runtuhan tersebut telah mengakibatkan beberapa pohon besar tumbang dan merentangi sungai Apin-Apin, serta ianya berisiko menjadi halangan laluan air jika berlaku banjir dan dikhuatiri akan melimpah ke kawasan perumahan penduduk berhampiran.

Beginilah keadaan runtuhan yang berlaku di tebing sungai Apin-Apin.
“Sebagai langkah penyelesaian awal, saya telah memberi cadangan agar penduduk dapat bergotong-royong memotong kayu tersebut dan saya menyalurkan sedikit sumbangan untuk menampung penggunaan mesin pemotong kayu” katanya selepas melawat kejadian tanah runtuh itu kelmarin.
Turut berada di lokasi bagi memantau keadaan adalah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau.
Hadir sama dalam lawatan itu, Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Juakim, Ketua Kampung Nuntunan Encik Jailis Kundaya dan Pengerusi JPKK Puan Bibiana Lacius.