29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor lawat kesan banjir kilat di kawasan Bingkor.

Robert (kanan)bersama rombongan lawatan hakisan Sungai Tempulan.

KENINGAU:Hujan lebat yang berlaku pada petang hari Rabu lepas bersamaan 16 Mac menyebabkan beberapa anak sungai mengalami banjir kilat di daerah ini.

Berikutan kejadian itu menyebabkan beberapa hakisan tebing sungai di beberapa kampung antaranya sungai Pamalan.

Sebaik sahaja menerima laporan berkaitan mengenai kejadian tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin melakukan lawatan ke beberapa buah kampung yang terkesan oleh banjir kilat yang berlaku antaranya Kampung Tuarid Taud, Kampung Toboh Laut, Kampung Kota Ayangan dan Kampung Sasaie.

Lawatan bersama Penolong Jurutera JPS Daerah Keningau  Jackson Malandai ini adalah untuk mengenalpasti punca serta menilai cadangan penyelesaian bagi mengelak kejadian berulang dan menjadi lebih teruk di masa akan datang.

Dalam lawatan ini, Penolong Jurutera JPS Daerah Keningau sempat memberi taklimat ringkas,mengenai status anak sungai tersebut yang mana berada dalam rancangan program JPS untuk rangka penambahbaikan.

Robert bersama rombongan melawat hakisan Sungai Toboh Laut.

Antara sungai yang dilawati ialah  Sungai Tuarid Taud yang mengalami hakisan tanah dan membahayakan pengguna jalan tersebut.

Seterusnya melawat haksian Sungai Toboh Laut, Sungai Kota Ayangan (hakisan Sawah Padi) dan hakisan Sungai Tempulan.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, beliau akan mengambil tindakan terhadap kerosakan dan hakisan sungai tersebut demi keselamatan penduduk di sekitarnya. 

Beliau berharap pihak pihak  yang berkenaan khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran dapat mengambil tindakan yang segara untuk membaikinya sebelum ianya lebih serius. 

“Saya berkeyakin jabatan tersebut boleh melakukan yang terbaik kerana jabatan tersebut mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut” jelas Robert.

Turut serta dalam lawatan ini adalah Yamin Karinong wakil dari Pejabat Daerah Keningau, PPM N.40 Bingkor, Junior Fred Vincent, Kakitangan Pejabat UPPM DUN Bingkor, Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor,Ketua Kampung Tuarid Taud KK Zulkifli, Abdullah,Pengerusi JPKK Kampung Tuarid Taud Redzuan Abdullah, Pengerusi JPKK KampungToboh Laut Nuil Gilong dan Pengerusi JPKK Kampung, Kota Ayangan Jumatin Koman.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN