30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor hadir rumah terbuka Hari Raya

Robert(duduk empat dari kanan)bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor baru-baru ini.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya diiringi oleh Ketua Daerah N.40 Bingkor OKK Danil Pelangi dan Staf Pejabat ADUN Bingkor Sonja Junaidi.

Kehadiran Datuk  Robert dan rombongan disambut oleh Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles dan ahli jawatankuasanya.

Hj yazid merakamkan terima kasih kepada Datuk Robert atas kehadiran ke majlis tersebut 

“Walaupun kesibukan tugas Datuk Robert di kawasannya , beliau dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut” kata Haji Yazid. 

Sementara itu Datuk Robert mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Masjid diatas kejayaan mengadakan majlis tersebut. 

Katanya, dengan adanya majlis serupa ini, ia akan mengeratkan perpaduan dan silaturahim dikalangan masyarakat yang berlainan agama dan bangsa. 

Beliau seterusnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada masyarakat Islam di mana saja berada.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN