31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Adik Nathanel minat Tarian Singa, bermain gendang

BERBAKAT…Adik Nathanel mencuba bakat bermain gendang kumpulan Tarian Singa Con Chu Kong Ranau.

RANAU: :Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya,’ begitulah juga halnya dengan mendidik anak-anak hendaklah bermula dari usia muda mereka.

Demikian hasrat kedua ibu bapa adik, Nathanel Scot Mefenthon 4, dari Kg.Marakau cucu kepada pemilik Ranau Rabbit Farm (RRF), Wong Ko Siong yang juga pemilik Kinabalu Sky Bike Kg.Kigiok terletak 7 Kilometer dari pekan Ranau.

Adik Nathanel ketika ditemui menyatakan minatnya terhadap bermain Tarian Singa terutama bermain gendang kerana bunyinya yang kuat bersama iringan alat muzik bersama gerak-geri kepala singa.

“Kalau saya sudah besar nanti, tetap saya saya mau ikut kumpulan tarian singa dan bermain gendang”, jelasnya, ketika ditemu-bual semasa kunjungan kumpulan Tarian Singa dari Chon Chu Kong pekan Ranau yang diketuai Jurulatihnya, Thomas Sen.

Sebanyak 11 kepala Singa bersama 35 pemain telah berkunjung ke beberapa lokasi yang menjemput kumpulan itu sekitar Ranau dan Kundasang.

Menurut Thomas, kumpulan (Pertubuhan) Tarian Singa di daerah Ranau telah bermula sejak tahun 1980-an selepas mendapat tujukcara dan latihan kumpulan tarian singa dari Kota Belud.

“Sekarang kami sudah punyai kumpulan yang terlatih dengan Kepala Singa kami sendiri peroleh daripada tajaan pemimpin tempatan  dan kerajaan negeri Sabah”, tambah Thomas, ketika ditemui selepas kumpulannya mengadakan persembahan Tarian Singa di perkarangan RRF petang tadi (1 Februari).

Persembahan mereka di RRF disaksikan ratusan pelancong tempatan dan luar negeri.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN