27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Adik Alexandra Emery  Jestie, muncul Johan Pertandingan Pidato peringkat Kebangsaan

KENINGAU:Adik Alexandra Emery  Jestie (gambar), dari SJKC Yuk Yin Keningau Sabah muncul Johan Pertandingan Pidato peringkat Kebangsaan Festival Bahasa dan Sastera 2021 dengan tajuk pidato ‘Bahasa Melayu Wadah Masyarakat Bersatu’ yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Alexandra menerima hadiah wang tunai RM500 dan Sijil Penghargaan.

Naib Johan disandang oleh Faiqah Lee Xing Yee dari SJKC Pei Hwa Plentong Johor.

Manakala tempat ketiga jatuh kepada Suchitra A/P Saravanan dari SJKT Ladang Valdor Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Seramai 560 orang peserta menyertai pertandingan tersebut. 

Festival itu dianjurkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan kerjasama Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan Persatuan Han Malaysia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN