27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Adik Adilah  Norjannah johan Ratu Comel

PEMENANG…Dari kanan adik Norfaha (Naib Johan), Adila (Johan) dan Aizha (Ketiga).

RANAU:   Adik Adilah  Norjannah Binti Abullah 4, telah dinobatkan sebagai johan pertandingan  Ratu Comel sempena Majlis Hari Keluarga peringkat Kg.Kinapulidan di sini pada Ahad.

Naib johan sisandang oleh Adik Norfarha 3, dan tempat ketiga diberikan kepada adik Aizah Binti Janail 3 mengetepikan 12 peserta lain.

Semua pemenang telah menerima hadiah berupa tropi dan wang tunai daripada pihak penganjur.

Turut dipertandingkan sempena Hari Keluarga yang julungkali diadakan itu ialah, Ratu Ibu, Bina Badan  kanak-kanak, Pertandingan Masakan  Gubahan dan Badminton.

Salah seorang pemenang Gubahan Bunga(kiri) menerima hadiah disampaikan Datuk Abidin diperhatikan Ismail (kanan) dan Nurkibin.

Menyerikan majlis ialah Persembahan Tarian  Tradisional ‘Sumazau’, cabutan tiket Bertuah, pameran dan jualan diserikan dengan persembahan tarian Tradisi Sumazau oleh kanak-kanak Kg.Kinapulidan.

Hari Keluarga itu yang bertemakan ‘Keluarga Kinapulidan, Keluarga Malaysia, Teguh Bersama’, telah dirasmikan  Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dan dihadiri lebih 300 penduduk.

Hadir sama ialah, Tiwol Alantas mewakili Pejabat P.179 Ranau, CDO N.38 Paginatan, Jepli Sigal, Ketua Adat Kg.Kinapulidan, Ismail Bin Galibin, Pengerusi JPKK,  Kg.Kinapulidan, Nurkibin Mohd.Nasir, Pengerusi Biro Hal-Ehwal Wanita Kg.Kinapulidan merangkap Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Laura Binti Galibin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN