EMAS… Mohd Adib (tiga dri kanan) yang meraih pingat emas bersama rakannya, Mohd Irfan (kanan sekali) yang membawa pulang pingat perak
LABUAN: Atlet Karate Labuan Adib Abdullah, bertindak cemerlang apabila satu satunya atlet yang berjaya meraih pingat emas pada Kejohanan Wadokai Karate Open Champioanship Brunei Darussalam yang diadakan baru-baru ini.
Adib 17, membawa pulang pingat emas tunggal pasukan karate Labuan selepas beliau menewaskan rakannya Mohamad Irfan Firdaus dalam perlawanan akhir kategori Kumite Lelaki Juniro 61 kg.
Manakala Mohd Irfan terpaksa berpuas hati untuk menerima pingat perak.
Menurut Ketua Jurulatih Karate Labuan Aswadee Taba, Adib yang juga pelajar SMK Labuan sebelum itu telah menewaskan atlet karate dari Sarawak dan Brunei pada pusingan kelayakan dan seterusnya mara ke peringkat akhir untuk bertemu dengan Mohd Irfan.
Aswadee berkata, dua lagi pingat perak yang berjaya di bawa pulang ialah menerusi Putri Nurbuhairah Nor Azlan (kategori Kumite Kadet Perampuan +47kg) dan Muhammad Isyraf Faiz Mohd Ismifarizal (Kumite Lelaki Kadet +63kg).
“Selain itu atlet karate Labuan juga berjaya membawa pulang tujuh pingat gangsa pada kejohanan tiga hari yang bermula 25 hingga 27 Ogos lalu” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.
Tujuh gangsa yang di bawa pulang itu masing masing menerusi Mohamad Aqib Aimar Mohamad Afendi (Individu Kata Lelaki 8-9 tahun), Nuh Ramadhan (Kumite Lelaki 6-7 tahun), Adelia Maisara Badrudin (Kumite Perampuan 8-9 tahun), Nur Aleesya Dayan Asmadee (Kumite Perempuan 10-11 tahun), Muhammad Adil Badrudin (Kumite Lelaki 12-13 tahun) dan Nur Aneesa Aiara Mohamad Affendi (Kumite Kadet Perempuan).
Katanya, seramai 467 atlet karate dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei dari pelbagai lapisan umur berumuar seawal 6 tahun menyertai kejohanan tersebut” katanya.
“Kejohanan ini amat penting bagi pembangunan sukan karate Labuan dan menilai prestasi sebelum menghadapi Kejohanan Karate Kebangsaan Kadet Juniro dan bawah 21 tahun 2023” katanya.