29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Abdul Latif tinjau  Pelabuhan Kontena Labuan

Abdul Latif tinjau  Pelabuhan Kontena Labuan

GAMBAR: TINJAU….. Abdul Latif (tiga dari kanan) bersama Patrick ketika meninjau pelabuhan kontena Labuan di Dermaga Merdeka Labuan, pada Ahad.

LABUAN: Ketua Pengarah Kastam Di Raja Malaysia, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir  melakukan tinjuan ke pelabuhan kontena Labuan yang dikendalikan oleh Megah Port Management (MPM), pada Ahad.

Hadir sama mengiringI beliau ialah Pengarah Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Aspalila Awang Tuah,  Ketua Pegawai Eksekutif  Megah Port Management, Idjal Tahir dan  Ketua Pegawai Operasi Megah Port Management, Dato’ Seri Pactrik Tiong.

Terdahulu beliau  bersama rombongan telah diberikan taklimat oleh pengendali pelabuhan  mengenai penambahbaikan   kemudahan pelabuhan dan penyiapan tapak konkrit serta  projek pagar keselamatan.

Sementara itu, Abdul Latif berharap pelabuhan kontena Labuan yang dikendalikan oleh MPM  mampu  mengembangkan operasi dan perkhidmatannya supaya dapat memenuhi permintaan sektor minyak dan gas.

“Kastam akan memudahkan apa sahaja urus niaga perniagaan yang berurusan dengan pengendali pelabuhan, dan pengendali pelabuhan mesti sentiasa berunding dengan pegawai kami mengenai sebarang dasar baru yang dikuatkuasakan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN