ADVERTISEMENTspot_img

SPR tetapkan 17 Ogos Mesyuarat Khas PRN Sabah

TERKINI: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 17 Ogos ini untuk mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Umum DUN Sabah ke-16.

SPR dalam satu kenyataan hari ini berkata, mesyuarat tersebut diadakan di Magellan Sutera Resort Kota Kinabalu.

Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom.

Sumber memberitahu mesyuarat tertumpu kepada tarikh-tarikh penting urusan pilihan raya seperti tarikh Writ Pilihan
Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian.

“Mesyuarat tersebut turut membincangkan berkenaa Daftar Pemilih Terakhir Diperakui yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” menurut kenyataan itu. End

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN