ADVERTISEMENTspot_img

Tapak Tamu Mingguan Sabtu pekan Ranau, berpindah buat sementara.

SYUKUR…Gapini (tengah) dan dua rakannya merakam gambar di Tapak Tamu Bulanan daerah Ranau.

RANAU: Keputusan pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah ini untuk memindahkan buat sementara waktu Tapak Tamu Mingguan setiap Sabtu di sini ke Tapak Tamu Bulanan dekat Sungai Liwagu sehingga 31 Ogos depan disambut baik para penjaja tempatan.


Ramai penjaja yang sempat ditemui mengalu-alukan perpindahan itu kerana menempatkan lokasi yang luas termasuk tempat meletak kenderaan.


“Kami mengalu-alukan perpindahan ini walaupun buat sementara, kerana agak rata, luas dan tidak menghalang kenderaan awam bukan seperti di tapak lama di hadapan Pasar Besar Terbuka yang terpaksa menutup sebahagian jalan raya bagi memberi ruang kepada penjaja untuk mempamir jualan mereka” jelas Gapini Binti Mogigi dari Kundasang yang menjual pokok bunga hidup turut disokong oleh rakannya Hajah hasnah Binti Suman dari Kg. Paka Dua, yang menjual sayuran segar tanah tinggi.


Salah seorang penjaja kuih-muih tempatan, Haisah Binti Saping 38, dari Kg. Mohimboyon pula, berasa lebih selesa berada di tapak lama kerana mudah berurusan di pekan terutama mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.


“Bagi kami, cukup selesa berada di sini kerana tapaknya luas, ramai senang dikunjungi berkenderaan berbanding di tapak lama yang agak sempit”, kata dua penjaja juga menjual kuih-muih tempatan, Adilah Binti Sahat 30, dan Dayasng Nurlinah Binti Awang Damit 35, kedua-duanya berasal dari Kg. Mohimboyon Ranau.


Walaubagaimanapun, perpindahan itu hanya sementara waktu selaras dengan arahan Majlis Daerah Ranau (MDR).


Tinjauan penulis kelmarin mendapati, semua pengunjung dan penjaja menepati SOP yang telah ditetapkan termasuklah Penjarakan Sosial 1 meter antara individu, memakai Pelitup Hidung dan Mulut (Facemask), mengimbas Suhu dan membasuh tangan dengan mengunakan Sanitizer yang dikendalikan para petugas MDR.


Turut memantau ke tapak tamu Sabtu itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Anggota Rela dan Penguatkuasa MDR.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN