ADVERTISEMENTspot_img

PL, JPS berkerjasama selesaikan masalah banjir penduduk kampung

PERHATIKAN….. Dr. Fary memerhatikan keadaan longkang yang gagal berfungsi dengan baik di Kampung Sungai Miri.

Labuan: Perbadanan Labuan akan berkerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan untuk membantu menyelesaikan masalah banjir kilat yang dihadapi oleh penduduk kampung setiap kali hujan lebat dan air pasang besar.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, Perbadanan Labuan akan membantu pihak JPS Labuan bagi kerja-kerja membersihkan dan membesarkan serta mendalamkan anak-anak sungai dan longkang yang menjadi punca kepada belakunya banjir kilat yang melanda beberapa buah rumah penduduk kampung.

“Perbadanan Labuan dengan kerjasama JPS akan mengambil tindakan untuk mengenal pasti dan membantu menyelesaikan permasalahan rumah penduduk kampung yang terjejas akibat kejadian banjir kilat.

“Selain itu Perbadanan Labuan juga akan berkerjasama dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Ketua Kampung dan komuniti setempat untuk bergotong royong membersihkan longkang dan parit yang ada di persekitaran kampung masing-masing” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau persekitaran longkang dan parit yang bermasalah di Kampung Ganggarak, Kilan dan Sungai Miri, pada Ahad.

Pada masa yang sama beliau turut menyerahkan sumbangan wang ehsan kepada penduduk di tiga buah kampung berkenaan yang terjejas banjir melaui Program Misi Bantuan Pasca Banjir Perbadanan Labuan.

Secara keseluruhannya seramai 19 buah keluarga daripada lima buah kampung yang rumah mereka terjejas akibat banjir kilat menerima bantuan ehsan secara oneoff sebanyak RM500.

Dr Fary berkata, bantuan ehsan sebanyak RM500 itu disalurkan menggunakan Peruntukan Tabung Pengurusan Bencana Perbadanan Labuan.

“Tabung ini berperanan membantu warga Labuan yang ditimpa musibah seperti banjir, kebakaran, kerosakan akibat rebut dan lain-lain musibah yang tersenarai dalam tabung berkenaan” katanya.

Sementara itu, beliau berharap, peruntukan yang diperolehi oleh JPS tahun ini sebanyak RMM1.3 juta bagi kerja-kerja penyelengeraan longkang dan parit serta inisiatif yang diambil oleh Perbadanan Labuan akan dapat membantu menyelesaikan masalah banjir di pulau ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN