ADVERTISEMENTspot_img

PAPIM kekalkan majoriti Pemimpin lama dalam AJK Sesi 2026-2028

MESYUARAT PERTAMA…Antara AJK yang menghadiri mesyuarat itu semalam.SUMBANGAN PAPIM…Haji Ahmad

KOTA KINABALU: Barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Kebajikan Anak Pimping Kota Kinabalu (PAPIM) terdiri dari pemimpin-pemimpin yang sudah dua penggal berkhidmat untuk persatuan bukan kerajaan ini.

Dalam lantikan terbaharu semasa Mesyuarat Pertama PAPIM semalam, bekas Bendahari Agung, Awang Kassim Hj Ismail dinaikkan ke Naib Pengerusi merangkap Ketua Biro Agama.

Turut dikekalkan ialah Setiausaha Agung, Ali Hussin Haji Matnoor yang akan dibantu oleh Puan Nur Nazerah Mohd Nizam selaku Penolong Setiausaha.

Haji Mohd Amin Haji Muin, bekas Ketua Pengarang BM akhbar New Sabah dan Borneo Mail dikekalkan sebagai Ketua Penerangan bagi penggal ketiga sejak persatuan ini ditubuhkan enam tahun lalu.

AJK lama yang turut dikekalkan ialah Hajah Dayang Rayanih Haji Ag Hamid, Ag Ghazali Ag Ghani dan hanya seorang saja AJK baharu dilantik iaitu Mat Tali@ Sidek Ag Kassim.

Jawatan Penolong Bendahari akan dilantik kemudian.

SUMBANGAN PAPIM…Haji Ahmad menyampaikan sedekah PAPIM kepada Setiausaha Agung, Ali Hussein yang akan menunaikan ibadat Umrah pada 31 Okt 2026.

Dalam Mesyuarat Agung PAPIM di Dewan Hijrah Wisma Muis Sembulan pada 17 Nov lalu, Hj Ahmad Dipong menang tanpa tanding bagi jawatan Pengerusi bagi penggal ketiga.

Bagi jawatan Timbalan dan Bendahari Agung dua muka baharu masing-masing menduduki kerusi ini iaitu Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Papar, Nor Isham Narawi dan bekas Pegawai Kanan di Perbadanan Pinjaman Sabah, Haji Ismail Haji Baniamin.

Dua muka baharu dan dua muka baharu terpilih dalam barisan Ahli Jawatankuas terdiri dari Asmah@ Rusni Mohd Arsad, Norhaini Ahmad dan muka lama ialah Ali Omar Salleh dan Ag Mohd Jainal Haji Mohd Jailani.

Dalam mesyuarat pertama semalam AJK memutuskan untuk meneruskan Program Baurung-Urung PAPIM 2026 di Dataran Pantai Pimping.

Antara pengisiannya ialah Pertandingan Bagandang membabitkan penduduk Kg Pimping, sukan tradisional utk ahli dan keluarga PAPIM seperti Permainan Kuit, Takbidang dan sukaneka.

Berikut ialah senarai penuh AJK PAPIM Sesi 2026-2028.

AJK PENUH PAPIM
SESI 2026-2028:
Pengerusi: Haji Ahmad Dipong ( Ketua Biro Kebajikan).
Timbalan Pengerusi: Nor Isham Narawi ( Ketua Biro Ekonomi).
Naib Pengerusi: Ag Kassim Hj Ismail ( Ketua Biro Agama).
Setiausaha Agung: Ali Hussin Hj Matnor.
Penolong Setiausaha: Nur Nazerah Mohd Nizam.
Bendahari Agung : Hj Ismail Hj Baniamin.
Ketua Penerangan: Hj Mohd Amin Hj Muin.
AHLI JAWATANKUASA:
Ali Omar Salleh (Ketua Biro Sukan).
Mat Tali @ Sidek Ag Kassim ( Penolong Pengerusi Biro Sukan).
Ag Mohd Jainal Hj Mohd Jailani ( Ketua Biro Rekreasi).
Ag Gazali Ag Ghani ( Penolong Pengerusi Rekreasi).
Asmah@ Rusni Mohd Arshad (Ketua Biro Wanita).
Puan Hajah Dayang Rayanih Ag Hamid ( Penolong Pengerusi Biro Wanita).
Puan Norhaini Ahmad (Biro Keahlian).
Abu Bakar Kassim dan Matasan Hj Omar (Juruodit).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN