SM Sains Labuan juara Sketsa Kepenghunaan peringkat kebangsaan 2026
LABUAN: SM Sains Labuan dinobat juara Pertandingan Sketsa Kepenggunaan peringkat kebangsaan 2026, sekaligus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2025.
Pertandingan yang berlangsung di perkarangan Stadium Batu Kawan Pulau Pinang sempena Festival Pengguna Confest itu turut bertambah manis apabila Nur Alya Maisara dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik.
SM Sains mewakili Zon Borneo membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, manakala Nur Alya yang dinobat Pengarah Terbaik turut menerima hadiah wang tunai RM500.
Tempat kedua dimenangi Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur mewakili Zon Tengah, diikuti SMK Ghaffar Baba, Melaka dari Zon Selatan di tempat ketiga, SMK Tanah Merah 1, Kelantan dari Zon Timur di tempat keempat dan SMK Mata Ayer, Perlis dari Zon Utara di tempat kelima.
Sementara itu, kumpulan ANDRASILA dibimbing Cikgu Yahya Burhanuddin dan Cikgu Shafie Burhanuddin.



