Barisan Jawatan Kuasa Penaja Parti Wawasan Negara Bahagian Labuan
LABUAN: Parti Wawasan Negara yang diterajui Datuk Seri Hamzah Zainudin melebarkan sayapnya ke Wilayah Persekutuan Labuan.
Mantan Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussin telah dipilih sebagai Ketua Penaja parti itu pada Mesyuarat penubuhan parti itu yang diadakan di Hotel Marina, di sini pada Sabtu.
Manakala Pengerusi Tetap digalas oleh Zulfitri Onong, Timbalan Ketua Bahagian, Yahya Salleh, Setiusaha Bahagian, Johari @Anjahari Abidin, Bendahari, Juliana Ibrahim dan Ketua Penerangan, Izmanto Suratman.
Turut dipilih dalam mesyuarat penubuhan itu ialah kepimpinan dua sayap parti itu masing masing Hajah Norhayah@Hayati Haji Purnama sebagai Ketua Wanita dan Mohd Farisuandy Yakob selaku Ketua Pemuda.
Yahya ketika menghubungi Borneo Daily Bulettin kelmarin berkata, pelebaran sayap Parti Wawasan Negara ke Wilayah Persekutuan Labuan memfokuskan perjuangan merentasi sempadan kaum dan mengukuhkan kestabilan politik berpaksikan Perlambagaan Negara.
“Selain itu, penubuhan Parti Wawasan Negara di Labuan adalah sebagai usaha membantu memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan pembangunan Labuan”, katanya.
Beliau turut menjelaskan ketika ini tetdapat enam cawangan berstatus penaja telah ditubuhkan masing masing Vitoria Utara, Batu Arang, Lapangan Terbang Bukit Kalam Sungai Bedaun dan Kerupang dengan keahlian keseluruhan dianggarkan mencecah 300 orang.



