Sebahagian anggota dan warga JBPM Labuan yang menyertai program LSD
LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Program Long Slow Distance (LSD) beramai ramai sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, pada Rabu.
Program yang bermula jam 8.15 malam di Balai Bomba Labuan Sentral itu telah disempurnakan acara perlepasannya oleh Timbalan Pengarah JBPM Wilayah Persekutuan Labuan, Emil Taihin.
LSD yang melibatkan larian sejauh 16.9 km ysng turut disertai oleh warga bomba itu merupakan antara aktiviti yang dilaksanakan oleh warga JBPM Labuan selaras dengan arahan Jabatan berkaitan Pelaksanaan Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2026.
Selain itu program tersebut merupakan simbolik warga jabatan dalam memupuk semangat patriotisme dan nasionalisme disamping mengeratkan hubungan silaturahim serta membina kesepaduan dalam kalangan warga JBPM di pulau ini



