Rozman menyerahkan secara simbolik permohonan penubuhan 10 cawangan baharu Parti Warisan Bahagian Labuan.
LABUAN: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, anak jati Labuan perlu diberi peluang dalam tadbir urus ekonomi dan pembangunan Labuan.
Dalam waktu yang sama peluang pekerjaan dan perniagaan juga perlu dirancakkan bagi meningkatkan ekonomi Labuan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat Labuan terutamaya kepada generasi anak muda.
Beliau berkata, Labuan yang sudah diiktiraf sebagai Wilayah Persekutuan sewajarnya lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan diwujudkan di Labuan.
Selain itu katanya, Labuan yang mempunyai potensi dalam industri kewangan pesisir pantai antarabangsa dan juga hab minyak dan gas seharusnya peluang peluang pekerjaan di beri keutamaan kepada anak jati Labuan.
“Masyarakat di sini bukan saja setakat mahukan peluang peluang perniagaan, tetapi juga peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan, selain kemudahan yang menjadi tarikan dalam sektor pelancongan dan kewangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Warisan Bahagian Labuan di Dewan Tadika Chi Hwa, di sini pada Ahad.
Hadir sama, Ketua Parti Warisan Bahagian Labuan, Datuk Rozman Isli.
Dalam pada itu Shafie yakin dengan sokongan padu rakyat Labuan, wakil calon Warisan pada Pilihanraya akan datang mampu menjadi kenyataan yang bukan sahaja dapat mendengar permasalahan rakyat tetapi juga kita mahu kepimpinan diatas mendengar suara yang mahukan anak jati Labuan diberikan peluang memeggang jawatan dalam GLC mahupun di agensi kerajaan yang ada di sini.
“Saya selaku Ahli Parlimen juga akan menyuarakan di Dewan Rakyat agar jawatan Menteri atau Timbalan Menteri yang bertanggung jawab menjaga kepentingan Wilayah Persekutuan diberi peluang kepada wakil rakyat pulau ini”,katanya.
Pada majlis itu, Shafie turut menerima permohonan penubuhan 10 cawangan Warisan Labuan yang baharu.
Difahamkan antara penubuhan cawangan baharu itu termasuklah, Cawangan Bebuloh Laut, Merinding, Sawangan Cina, Sungai Bangat dan Sungai Miri.



