ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki tempatan ditahan khalwat dalam Operasi Noda

Pegawai Penguatkuasa JAWI Labuan ketika melakukan operasi bersepadu di salah sebuah rumah urut disekitar bandar Labuan

LABUAN:Seorang lelaki muslim warga tempatan menerima padah apabila ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat di sebuah rumah urut dalam satu Operasi Bersepadu yang dijalankan disekitar pusat bandar baru baru ini.

JAWI Labuan dalam satu kenyataan berkata , lelaki berkenaan ditahan di bawah Seksyen 27 Akta Kesalahan jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan 1997) atau Akta 559, berkaitan kesalahan khalwat.

Di bawah Seksyen 27 Akta 559, individu yang didapati berada bersama lelaki atau perempuan yang bukan pasangan atau mahram di tempat terselindung atau dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM 3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Seramai 30 pegawai yang terdiri JAWI, JPN, PDRM, Perbadanan Labuan dan Jabatan Mufti terlibat dalam operasi yang dilakukan di beberapa rumah urut disekitar bandar Labuan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN