ADVERTISEMENTspot_img

JIM Labuan tahan 20 warga asing dalam operasi bersepadu

Sebahagian warga asing tanpa dokumen yang ditahan dalam operasi tersebut.

LABUAN:Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Labuan menahan 20 warganegara asing dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di enam lokasi berasingan di sini, pada Jumaat.

Pengarah JIM Labuan, Mohd Redzuan Nawi dalam satu kenyataannya berkata, operasi itu membabitkan Op Mahir, Op Kutip dan Op Bersepadu yang melibatkan 41 anggota terdiri JIM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan RELA.

Dalam operasi itu, seramai 215 individu diperiksa, dengan 20 warganegara asing ditahan terdiri daripada 10 lelaki Indonesia, lima lelaki Filipina, tiga wanita Filipina dan dua kanak-kanak lelaki Filipina.

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ketika ini mereka ditahan di IPD Labuan dan Depot Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut “.katanya.

Selain itu katanya, dua notis saman turut dikeluarkan sepanjang operasi bagi membantu siasatan.

Beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen.

JIM juga tidak teagak agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa izin, selaras usaha berterusan membanteras kesalahan imigresen dan memperkukuh penguatkuasaan di Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN