ADVERTISEMENTspot_img

Sabah perlu pamer persembahan terbaik hadapi Selangor

Ketua jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido.

Oleh: Vitalis G. Bingkasan

KOTA KINABALU: Berhadapan dengan situasi perlawanan kalah mati menuntut Sabah FC mempamerkan persembahan terbaik mereka pada perlawanan timbal balik pusingan 16 pasukan Piala FA 2026-2027 menenang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini (9.00 malam Rabu).

Pertemuan kedua itu bakal menyaksikan kedua-dua pasukan memulakan pertarungan dalam kedudukan seimbang selepas seri 2-2 pada perlawanan pertama di Stadium Likas pada 2 September lalu.

Beraksi di gelanggang lawan, ketua jurulatih Sabah, Juan Torres Garrido sedar ia bukan tugas mudah tetapi yakin mereka mampu mencipta kejutan sekiranya pemain memainkan peranan masing-masing dengan sempurna.

Menjangkakan lawan akan lebih agresif, Garrido mahu pemain tenang, mantapkan disiplin permainan dan yakin bahawa mereka ada kemampuan menempah tempat ke suku akhir.

Katanya, kunci utama bermula dari komunikasi di atas padang. Pemain perlu bercakap, memahami pergerakan antara satu sama lain dan tidak leka sejak wisel permulaan dibunyikan.

“Kami perlu konsisten dan sehaluan sejak minit pertama. Perlawanan seperti ini penuh situasi tidak dijangka dan hanya komunikasi yang baik dapat membantu kami mengawalnya,” kata jurulatih dari Sepanyol itu.

Menurutnya, tekanan kini berat kepada Selangor kerana mereka bermain di gelanggang sendiri sebagai pasukan pilihan.

Garrido berkata, melakukan kesilapan sendiri adalah antara aspek yang perlu dielakkan di mana ia adalah antara punca gawang Sabah dibolosi sebagaimana pada perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Pada masa yang sama, Garrido juga mahu pemain lebih tajam membuat penyudah dan bijak memanfaatkan setiap kelemahan lawan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN