Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Profesor Dr. Shamsul Bahari Shamsudin (tengah) melancarkan Gotong-royong Madani peringkat UMSKAL di ruang legar Bangunan Menara UMSKAL pada Khamis
LABUAN – Seramai 100 peserta telah menyertai program Gotong-royong Madani peringkat Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada Khamis.
Mereka terdiri daripada kakitangan dan pelajar yang merupakan Pembimbing Suai Mesra (PSM).
Program yang bermula pukul 8.30 pagi di Ruang Legar Bangunan Menara itu dilancarkan Pengarah UMSKAL, Profesor Dr. Shamsul Bahari Shamsudin.
Tujuan utama gotong-royong mengecat bahu jalan adalah untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan menceriakan kawasan persekitaran.
Menerusi program itu, ia mampu meningkatkan keselamatan iaitu garisan atau warna cerah pada bahu jalan membantu pemandu melihat had jalan dengan lebih jelas, terutamanya pada waktu malam atau ketika cuaca gelap.
“Kawasan persekitaran nampak lebih kemas, bersih, cantik, menarik dan teratur serta keceriaan landskap.
“Memupuk perpaduan, kerjasama dan hubungan silaturahim yang erat dalam kalangan kakitangan dan pelajar UMSKAL,”katanya.
Profesor Dr. Shamsul Bahari berharap amalan gotong-royong ini dapat dijadikan program tahunan bagi meningkatkan rasa kecintaan terhadap universiti.
Turut hadir Ketua Pentadbiran Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Zamri Mohammad Tuah, Ketua Sektor Pentadbiran & Sumber Manusia, Mas Adi Alimin dan Ketua-ketua Sektor.
Ketua Sektor Pembangunan dan Penyelenggaraan (SPP) yang juga Ketua Penolong Jurutera, Mohd Abdullah Manggul mengetuai program berkenaan.
Peserta bekerjasama mengecat garisan, bahu jalan dan garisan jalan di laluan masuk dan jalan utama UMSKAL.
Program yang berakhir pukul 11 pagi dianjurkan Sektor Pembangunan dan Penyelenggaraan (SPP) dengan kerjasama Sektor Pentadbiran & Sumber Manusia (SPSM).



