ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 4000 Umat Islam sertai Perarakan Maulidur Rasul 1448H peringkat Labuan

Suhaili (tengah) bersama Rithuan (Kiri) dan Hapizi ketika mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1448H peringkat Labuan, semalam.

LABUAN: Lebih 4 000 umat Islam menyertai sambutan Maulidur Rasul 1448H peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung di Dataran Labuan, malam tadi.

Sambutan yang julung kalinya diadakan pada waktu malam itu disertai 80 kontinjen melibatkan pelbagai agensi.

Sementara itu, sambutan yang bertemakan ‘MADANI Dihayati, Umah Diberkati’ telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman.

Pada majlis itu beliau (Suhaili) bersama dif fif jemputan turut menyertai perarakan sepanduk sejauh 4km bermula dari Dataran Labuan melalui Jalan Tun Mustapha ke Masjid Jamek An Nur seterus menghala ke Jalan OKK Abdulah untuk balik semula ke Dataran Labuan.

Sambutan Maulidur Rasul 1448H yang dianjurkan oleh JAWI dengan kerjasama Perbadanan Labuan diserikan lagi dengan Ceramah Khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Timbalan Yang Di Pertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbandanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan, Dr.Hapizi Sulaiman serta Ketua Ketua Jabatan Kerajaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN