UNIK….Antara bahagian kepala (tengkok) lipas unik yang ditemui itu.
RANAU: Keunikan seekor lipas yang ditemui sekeluarga kakitangan SK. Pekan Dua di sini, pada malam 14 April lalu, menarik perhatian netizen ketika dalam suasana pendemik Covid-19 masa kini.
Penemuan lipas ‘Turogong’ (Bahasa tempatan) bersaiz 3 sentimeter (cm) panjang dan 1cm lebar itu, ditemui di tepi cermin muka ruang tamu rumah flat guru tempat keluarga itu tinggal.

” Saya menghalau lipas tersebut, namun terpegun seketika apabila terlihat keuikan lipas itu kerana ada suatu melekat di belakang tengkok kepalanya ada lakaran seakan muka monyet.
“Saya tidak jadi menghalaunya tepi manggil anak lelaki saya ‘Bede’ 4 tahun untuk menangkap
dan menyimpan lipas itu ke dalam balang kosong serta memberi lipas itu makanan sisa roti dan karak nasi,” kata ibu yang namanya enggan disiarkan.
Menurutnya, ramai jiran yang mahu datang untuk melihat sendiri keunikan lipas itu tapi pihaknya tidak membenarkan sesiapapun, datang ke flat mereka ketika ini memandangkan masih berkuat-kuasa PKP.
“Lepas PKP barulah saya buka kepada sesiapa yang mahu melihat, memerhati sendiri dan merakam gambar”, tambah ibu tersebut. BDB Online



