ADVERTISEMENTspot_img

Staf UMSKAL Semarakkan Bulan Kebangsaan 2026 ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Prof. Dr. Shamsul Bahari menyerahkan Jalur Gemilang kepada Mas Adi diperhatikan Sharifah (kanan).

LABUAN: Kakitangan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL turut menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2026 yang diadakan dipofium Bangunan Menara UMSKAL, pada Isnin.

Program yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah UMSKAL, Profesor Dr. Shamsul Bahari Shamsudin.

Turut hadir Ketua Pentadbiran UMSKAL, Sharifah Ismail dan Ketua Sektor Pentadbiran & Sumber Manusia, Mas Adi Alimin selaku Pengerusi Penganjur program tahunan itu.

Hadir sama Ketua-ketua Sektor dan kakitangan masing-masing.

Antara pengisian program tersebut majlis penyerahan bendera kepada Ketua Ketua Sektor dan pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan rasmi UMS oleh Pengarah UMSKAL.

Dalam pada itu, Prof. Dr. Shamsul Bahari berkata program berkenaan bertujuan menggalakkan kakitangan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan sebagai lambang semangat patriotik, perpaduan dan cinta akan negara.

Katanya, penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen erat warga UMSKAL dalam menyokong agenda kenegaraan, penyampaian mesej patriotisme dan semangat cintakan negara.

“Warga UMSKAL akan terus menyemarakkan lagi suasana perayaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan 2026.

“Kakitangan akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang di kereta, rumah kediaman dan pejabat.

Tambah beliau, menerusi program berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara kakitangan membabitkan pengurusan universiti, ketua-ketua jabatan, pensyarah dan kakitangan pelaksana.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN