ZIARAH KASIH…Pg Alliyuddin menyampaikan bantuan kepada salah seorang ahli yang dikunjungi.
TANJUNG ARU: Prihatin dengan nasib yang menimpa ahlinya, Persatuan Masyarakat Brunei Cawangan Tanjung Aru Kota Kinabalu mengadakan kunjungan ziarah kepada ahlinya yang kurang sihat.
Ziarah Kasih yang sering diadakan oleh PMBS cawangan Kg Tanjung Aru ini diketuai sendiri oleh Pengerusinya,Pg Alliyuddin Pg Ahmad Tajuddin.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat (AJP) dan juga Pengerusi Biro Kebajikan dan Ziarah disertai bersama Naib Pengerusi 2 Sazali Nasib dan juga Setiausaha Matsah Mazi.
Semasa kunjungan mesra tersebut PMBS Cawangan juga menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas bagi membantu mengurangkan sedikit beban keluarga beliau.

TANYA KHABAR…Pg Alliyuddin bersama Sazali dan Matsah ketika menziarah KK Tangah Tawang Ismail.
Pada masa yg sama Pg Alliyuddin dan rombongan juga sempat berkunjung ke rumah veteran di Kampung Tanjung Aru, KK Tangah Tawang Ismail sambil bertanyakan kabar serta menghulurkan sedikit bantuan dan berbual mesra dengan beliau.
“Kita akan terus melakukan aktiviti ini dari masa ke semasa dan terus menyantuni masyarakat Brunei di perkampungan ini untuk merapatkan lagi hubungan silatulrahim,” katanya.
PMBS Tg Aru adalah antara cawangan yang aktif untuk membantu dan sering menghulurkan bantuan kepada ahli-ahlinya serta komuniti lain yang berdepan musibah.
Persatuan ini juga turut terbabit dengan kegiatan amal dan kebajikan bersama badan-badan yang lain.



