MESYUARAT PERTAMA…Ahmad Mohd Yakub (duduk tengah) bersama Ketua-ketua Biro Cawangan yang dilantik selepas mesyuarat itu.
BEAUFORT: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Cawangan Pekan Beaufort telah merangka beberapa aktiviti untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Pengerusinya, Ahmad Haji Mohd Yaakub berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat AJK 2026 – 2028 Pertama PMBS Pekan Beaufort di Bilik Persidangan Pejabat Daerah Beaufort pada 9 Ogos lalu.
Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat (AJP) PMBS berkata mesyuarat yang bertujuan melantiK ketua-ketua biro di cawangan itu juga memutuskan untuk meneruskan gerakan menambah ahli cawangan dan mengutip dana untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti cawangan.
” Saya meminta semua ahli cawangan dan ketua-ketua biro akan terus bekerjasama dan berganding bahu menjayakan segala aktiviti yang akan dirancang dan laksanakan nanti,” katanya ketika berucap pada mesyuarat itu.
Ahmad berkata pelantikan biro-biro yang berkaitan adalah untuk keperluan semasa dan daerah.
Beliau berkata keenam-enam biro akan merancang aktiviti masing-masing untuk dibincang oleh AJK Induk untuk dilaksana menurut keutamaan.
“Kita akan terus bekerjasama dengan AJP Pusat untuk menambah ahli agar lebih ramai lagi masyarakat Brunei di Sabah membabitkan diri dengan PMBS,” tambahnya.
Dalam mesyuarat itu enam biro telah diwujudkan iaitu Biro Keahlian diketuai oleh Encik . Mohd. Badul bin Dani, Biro Pendidikan dan Agama Encik . Mohd. Kiflee bin Hj. Alli Biro Penerangan pula Encik. Iskandarino bin Ibrahim, Biro Penajaan dan Keusahawanan Puan Azizah binti Hj. Mohd. Yaakub, Biro Wanita diketuai oleh Puan Artini binti Mohamad, Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan pula Encik Nurezrie bin Jaafar.



