ADVERTISEMENTspot_img

PEMADAM Sedarkan Masyarakat Bahaya Dadah

Nizam (duduk, tengah) merakam gambar kenangan bersama AJK Pelaksana dari PEMADAM

TAWAU : Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menjadi medium dalam memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap bahaya dadah.


Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peranan PEMADAM dalam memerangi dadah mampu memberi kesedaran kepada golongan masyarakat bahaya najis dadah.


“PEMADAM diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada semua pihak tentang peranan dan tanggungjawab kita dalam memastikan dadah dapat diperangi.


“Penggunaan kekal menjadi ancaman utama terhadap masa depan golongan belia, khususnya di kawasan bersempadan seperti Tawau.


“Tawau mempunyai beberapa kawasan hotspot penyalahgunaan dadah jenis syabu kerana kita terdedah kepada rentas sempadan berhampiran Filipina dan Indonesia. 


“Selain itu, kedudukan Tawau yang berhampiran sempadan antarabangsa menyebabkan daerah ini berdepan risiko kemasukan pengaruh negatif termasuk penyalahgunaan syabu,” ujarnya ketika ditemui media sempena Program Memancing FKAT 2026 anjuran PEMADAM Perbandaran Tawau di Persisiran Sabindo (Trauslen), pada Sabtu.


Nizam turut memuji usaha jawatankuasa penganjur FKAT 2026 yang menyediakan pelbagai aktiviti bermanfaat termasuk pertandingan memancing sebagai medium mendekati masyarakat.


“Program seperti ini mampu mengajak masyarakat mengamalkan budaya hidup sihat serta memastikan anak-anak muda dan keluarga kita dapat dielakkan daripada penyalahgunaan dadah.


“Ianya turut memperkukuh semangat perpaduan serta mempromosikan Tawau sebagai sebuah daerah yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan hidup dalam suasana harmoni,” katanya./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN