ADVERTISEMENTspot_img

YPNM Sabah Sokong Penutupan Sementara Jambatan Tun Fuad Stephen

David

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah menyokong tindakan pantas pihak berkuasa menutup sementara Jambatan Jalan Tun Fuad Stephen selepas kerosakan pada lantai konkrit jambatan dikesan.

Pengerusi YPNM Sabah, David Chan berkata, keputusan itu adalah langkah tepat demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya walaupun penutupan sementara berkenaan mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan sedikit kesulitan kepada orang ramai.

Menurutnya, keselamatan awam tidak boleh dikompromi dan tindakan pencegahan perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan risiko kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa.

Beliau berkata, YPNM Sabah menggesa pihak berkaitan menjalankan pemeriksaan teknikal secara menyeluruh bagi memastikan struktur jambatan benar-benar selamat sebelum dibuka semula kepada pengguna.

“Kerja-kerja pembaikan juga perlu dipercepatkan supaya gangguan terhadap orang ramai dapat diminimumkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

David turut berharap pihak berkuasa menyalurkan maklumat terkini secara berkala mengenai perkembangan kerja pembaikan, laluan alternatif dan jangkaan tempoh penutupan agar pengguna dapat merancang perjalanan mereka dengan lebih baik.

Beliau berkata, kejadian itu perlu dijadikan pengajaran mengenai pentingnya penyelenggaraan berkala terhadap infrastruktur awam bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.

“Keselamatan rakyat mesti sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang melibatkan kemudahan awam,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN