AJKT Persatuan sedang bermesyuarat bersama Raisin semasa kunjungan itu.
KOTA KINABALU: Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan pendidikan Malaysia (PPPPPM) Cawangan Negeri Sabah telah membuat Kunjungan Hormat kepada Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Haji Raisin bin Saidin di Pejabat Pengarah Pendidikan, Wisma Jabatan Pendidikan Sabah Kota Kinabalu baru-baru ini.
Kunjungan itu diketuai oleh Pemangku Yang Dipertua persatuan, Datuk Dr. Dayu Sansalu dan Setiausaha, Hj. Mohd. Zajih Hj. Edinin serta tujuh orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain.
Kunjungan ini bertujuanuntuk mempetkenalkan AJKT Persatuan dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dengan bangunan mantan rumah pengetua Maktab Sabah yg dipohon untuk dijadikan pejabat baru PPPPPM Cawangan Negeri Sabah.

Antara AJKT Persatuan yang hadir semasa kunjungan hormat.
Semasa kunjungan itu Raisin turut meluluskan permohanan itu dan beberapa peralatan seperti meja dan kerusi mesyuarat juga telah diluluskan, kata Setiausaha Persatuan, Haji Mohd. Zajih Hj. Edinin.
Menurut beliau kunjungan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada Pengarah yang persatuan lantik sebagai Penasihat persatuan 2024-2026 sebelum beliau bersara pada 28 Julai ini.
Beliau juga memberitahu bahawa kunjungan itu juga untuk menjemput Pengarah Pendidikan untuk hadir semasa Perasmian Mesyuarat Agung Dwitahunan PPPPPM Cawangan Negeri Sabah pada 15 dan 16 Ogos 2026 ini di Dewan SMK. Pengalat, Papar.
Mesyuarat Agung ini dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Perdagngan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali.



