PENGARAH Muzium Sabah, Aldofus menerima cenderhati dari Ampuan Wahab sambil diperhatikan oleh AJK PMBS Cawangan Kg Benoni Papar selepas kunjungan itu.
KOTA KINABALU:Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Cawangan Kampung Benoni membuat kunjungan hormat kepada Pengarah Muzium Sabah, Encik Aldofus Leste John Millip baru-baru ini.
Kunjungan itu yang diketuai oleh Pengerusinya, Haji Ampuan Abdul Wahab Haji Ampuan Hamzah sertai oleh enam orang Ahli Jawatankuasa cawangan itu.
Beliau berkata tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan AJK PMBS Cawangan Kampung Benoni kepada Pengarah Muzium Sabah, serta menzahirkan penghargaan di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada PMBS Cawangan Kampung Benoni dalam menjayakan Program Interpretasi Hidup di Rumah Brunei, Muzium Sabah yang bermula pada Sabtu 27 Jun 2026 yang lalu.
” Pihak kami juga mengharapkan agar lebih banyak kerjasama dan jaringan kerja dapat dilaksanakan bersama demi memartabatkan budaya etnik bangsa di negeri ini,” katanya.

AMPUAN Wahab (bersongkok) bersama sebahagian dari pelancong luar negara yang mengunjungi Rumah Etnik Brunei di Muzium Sabah Kota Kinabalu.
Ampuan Wahab berkata keperihatinan dan kesudian Pengarah untuk menerima kunjungan kami ini sangat bermakna untuk membolehkan PMBS Cawangan Kg Benoni membuat beberapa cadangan-cadangan yang lain sebagai penambahbaikan.
Antara cadangan yang diutarakan ialah hasrat PMBS Cawangan Kampung Benoni ingin menjayakan bersama dengan Muzium Sabah dalam Program Interpretasi Hidup dengan mempamerkan beberapa aktiviti warisan tradisi Brunei di Rumah kampung Warisan Fasa 1 ini.
Menurut Ampuan Wahab antara aktiviti yang dijalankan seperti, demonstrasi kraftangan tadisional, Pameran herba tradisional, Pameran makanan tradisional, Demonstrasi alat muzik tradisional dan mempamer keramahan serta identiti masyarakat Brunei Benoni di dalam majlis, dimana Muzium Sabah sebagai pintu gerbang budaya Sabah.
Rumah Brunei, Kampung Warisan Fasa 1, Muzium Sabah mula dibuka untuk kunjungan pelawat pada 27 Jun 2026 sehingga akhir tahu 2026, setiap hari Sabtu dan Ahad.
Program ini adalah Program Interpretasi Hidup, Muzium Sebagai Gerbang Budaya Sabah.
Aktiviti lain ialah pameran hasil kraftangan traditional serta hiasan tradisional etnik Brunei, Demonstrasi mengayam tikar dan kerjatangan tradisional etnik Brunei, Pamer herba tadisional menjadi amalan etnik Brunei.Pamer dan demonstasi pelbagai jenis makanan tadisional etnik Brunei, seperti ambuyat, ampap, cicah ambuyat, sayuran, kelupis, pinyaram, pelbagai jenis makanan kering dan basah, dan lain jenis makanan tadisional.

DEMONSTRASI membuat kuih tradisi masyarakat Brunei turut diadakan.
Selain itu katanya demonstasi lagu-lagu dan alat-alat muzik tradisional, dan seumpamanya.
Mengenai keramahan bergaul serta identiti masyarakat Brunei Benoni dalam sebarang majlis Ampuan Wahab berkata ianya dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pelaksana, Pengerusi Pelaksana (Ketua Biro Wanita) Setiausaha Pelaksana, Bendahari AJK Kecil seperti:Hiasan, Kraftangan, Herba, masakan dan minuman,Jamuan ringan, peralatan muzik,(Suasana simple dan santai sahaja, tidak terlalu formal) .
Beliau berkata masa Operasi Aktiviti bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang (Sabtu dan Ahad).
Beliau berkata sejak bermula program ini dari 27 Julai antara puluhan hingga ratusan pelawat mengunjungi Rumah Etnik Brunei ini.
Antara pengunjung terdiri dari warga tempatan, warga semananjung, Sarawak, China, Eropah, Australia, Scotland, United Kingdom, Perancis.
” Pelbagai bangsa, agama datang berkunjung dan semuanya dilayan dengan adab dan disantuni dengan adab keBrunaian dan ketimuran.
Aktiviti lawatan pengunjung berlaku setiap hari selain hari Sabtu dan Ahad dilayani oleh ahli-ahli PMBS Kg Benoni dengan menyediakan pelbagai hidangan makanan tradisi Brunei.



