Usahawan asnaf MAIWP Labuan yang menyertai Kursus Hiliran Berasaskan buah bushan (Bekeri).
LABUAN: Seramai sembilan usahawan asnaf MAIWP Cawangan Labuan berjaya menyertai Kursus Hiliran Berasaskan Buah-Buahan (Bakeri) di Melaka baru baru ini.
Kursus tiga hari yang bermula dari 26 hingga 28 Jun 2026 itu berlangsung di Hotel Kings Green, Melaka yang dianjurkan sepenuhnya oleh Bahagian Pembangunan Asnaf MAIWP.
Program berimpak tinggi itu secara keseluruhannya menghimpunkan 29 peserta yang terdiri daripada golongan penerima Bantuan Sara Hidup dari tiga Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Menetik kenyataan MAIWP Labuan di laman sosial media rasmi Facebook MAIWP Labuan, kursus tersebut bertujuan bagi memastikan para peserta yang terpilih dapat meningkatkan kemahiran sedia ada sekali gus membantu menjana pendapatan yang lebih mampan sekaligus membina masa depan yang lebih baik dan keluar daripada belenggu kemiskinan.
Selain latihan praktikal, para peserta turut bertuah kerana berpeluang bertemu dan menimba pengalaman berharga secara langsung daripada Ikon Usahawan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Puan Shamsiah Shaikh Husin yang dibawakan khas dari Melaka.
Sesi perkongsian berkenaan diharapkan dapat menyuntik semangat dan inspirasi kepada semua usahawan asnaf terbabit untuk terus melangkah jauh dalam bidang perniagaan bakeri.



