ADVERTISEMENTspot_img

30 Belia Tahfiz luar bandar sertai Program Keusuahawan Belia Bestari @ Rakan Niaga peringkat Labuan

Para peserta yang menyertai Program B-Best@Rakan Niaga

LABUAN: Seramai 30 belia tahfiz dan belia luar bandar di sini berjaya menamatkan Program Keusahawanan Belia Bestari (B-Best) @ Rakan Niaga Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Bilik Seminar Kompleks Sukan Labuan,

Program yang dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan itu berlangsung selama tiga hari yang berakhir pada Ahad.

Antara lain program tersebut bertujuan memberi ruang dan peluang kepada golongan belia menguasai kemahiran berniaga bagi menjana pendapatan sendiri.

Bagi pengisian siri kali ini, modul ‘Fotografi Kreatif + AI’ dipilih sebagai pengisian utama bagi mendedahkan peserta kepada teknik fotografi menggunakan telefon pintar, selain menguasai aplikasi Canva untuk menghasilkan poster pengiklanan.

Peserta turut didedahkan dengan fungsi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi membantu proses penciptaan kandungan iklan yang lebih efektif dan kreatif untuk produk jualan mereka.

Sementara itu, bagi fasa persediaan kerjaya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Labuan turut turun padang pada hari ketiga program bagi memberikan taklimat dan panduan padanan pekerjaan kepada para peserta.

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Labuan, Nurita Untam berkata, pihaknya bersama JBS Labuan komited membantu belia terlibat membuat padanan pekerjaan yang bersesuaian dengan latar belakang akademik serta kemahiran mereka melalui portal MyFutureJobs.

Selain sesi penerangan, pasukan PERKESO turut memberikan bimbingan secara langsung (bantu mula) kepada peserta untuk melengkapkan resume serta melakukan pengisian data secara dalam talian sepanjang bengkel tersebut berlangsung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN