Johan Nett, Alvero Jr. bersama Mohd Faizan (kiri sekali)Japar (dua dari kanan, Yahya (dua dari kiri) dam Lim.
LABUAN: Lebih 100 peserta memeriahkan kejohanan golf tempatan terbaik tahun ini TD&DB Sponsered Tournament Golf yang ditaja dan dianjurkan oleh gabungan syarikat TD Cargo Services dan DB Logistik dengan kerjasama Labuan Golf Club(LGC) yang berlangsung dua hari di padang golf LGC pada Sabtu dan Ahad.
Â
Pengerusi Penganjur Bersama yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TD Cargo Yahya Bara berkata tujuan utama pertandingan ini diadakan bukan hanya sekadar untuk memperkenalkan syarikat kami kepada para pemain sebaliknya menjadi platform penting bagi mengukuhkan jaringan industri serta melaksanakan salah satu tanggung jawab sosial korporat (CSR) kami kepada masyarakat.
“Pada masa sama program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara syarikat kami dengan masyarakat khusunya pemain golf tanpa mengira bangsa, agama dan latarbelakang sosial”, katanya.
Kejohanan yang julung kalinya ini menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk lebih 50 hadiah cabutan bertuah dengan hadiah utamanya sebuah motosikal bernilai lebih RM4 000.

Mohd Faizan (tiga dari kanan) Yahya (empat dari kiri) bersama pemain jemputan
Sementara itu, Alvero Jr menjadi johan kategori Nett dengan catatan 68 pukulan naib johan disandang A, Rosli (68 pukulan ocb) dan tempat ketiga Azahar (69 pukulan).
Bagi kategori Gross johan dimenangi oleh Tan Hong Hai (75 pukulan), Nur Fatin Syammi Safie naib johan (78 pukulan) dan Ahmad Izz Amin di tempat ketiga (79 pukulan).
Johan kategori Medal A, B, C masing masing dimenangi Syamsul Qhamar Isyak, Stewert John dan Katchun Talip.

Pemenang Cabutan bertuah Bertuah utama Cikgu Aizam bersama Faizan (tiga dari kanan),Yahya (dua dari kanan) dam Lim.
Manakala bagi kategori lelaki veteran dimenangi oleh Haji Yacob Santong dan kategori wanita dimenangi oleh Telwant Kaur.
Sementara itu cikgu Mohd Aizam Abdul Rahim menjadi paling bertuah apabila diumum pemenang utama hadiah cabutan bertuah untuk membawa balik senuah motosikal yang bernilai lebih RM4,000.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif DB LoLogistic, Mohd Faizan Ag. Damit dan Yahya Bara.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn. Bhd. Japar Estaban Presiden LGC, Althur Kong dan Golf Kapten LGC, Lim Foo An.
Tamat
Gambar
- Johan Nett, Alvero Jr. bersama Mohd Faizan (kiri sekali)Japar (dua dari kanan, Yahya (dua dari kiri) dam Lim.
2.Mohd Faizan (tiga dari kanan) Yahya (empat dari kiri) bersama pemain jemputan
2.Pemenang Cabutan bertuah Bertuah utama Cikgu Aizam bersama Faizan (tiga dari kanan),Yahya (dua dari kanan) dam Lim.



