ADVERTISEMENTspot_img

Hujan lebat tidak halang Night Fun Walk Sambutan Hari Belia Negara peringkat Labuan

Gambar Mordi bersama rakan rakan belia yang menyertai Night Fun Walk sempena Sambutan Hsri Belia Negara peringkat Labuan, pada Sabtu.

LABUAN: Hujan lebat yang turun disekitar bandar Labuan tidak menghalang penganjuran program “Night Fun Walk” sempena sambutan Hari Belia Negara 2026 peringkat Labuan,pada Sabtu.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Majlis Belia Labuan (MBL) dan Kelab Belia Ganggarak Merinding telah disertai lebih 500 belia serta masyarakat setempat.

Majlis perlepasan para peserta disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Anak Bimol.

Mordi berkata, program terrsebut bukan sahaja bertujuan untuk menggalakkan amalan hidup sihat tetapi juga memupuk semangat perpaduan dikalangan belia dan masyarakat setempat.

“Progam Fun Walk ini merupakan salah satu pengisian utama Sambutan Hari Belia Negara 2026 yang membawa tema “Menggerak Belia MADANI” dalam usaha memperkasa peranan belia sebagai pemangkin pembangunan negara” katanya.

Turut serta, Timbalan Ketua Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr. Zainah Shariff, Pengarah JBS Labuan Mahanum Fauzi dan Presiden MBL Nazera Roslan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN