MOHD ARIFIN (kiri)…Menang Tanpa Tanding Presiden PMBS Sesi 2026-2028., PG SAIFUDDIN (tengah) ADUN Pantai Manis Kekal Timbalan Presiden PMBS, dan PG JAPAR ( kanan) Menang Tanpa Bertanding Naib Presiden 1
KOTA KINABALU: Tiga jawatan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden I Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) bagi sesi 2026-2028 dimenangi tanpa bertanding.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung PMBS, Norhasan Haji Ismail, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Norhasan berkata, hasil proses Mesyuarat Agung Tiga Tahun Perwakilan di peringkat cawangan yang dilaksanakan dari 1 hingga 31 Mei lalu, sebanyak 31 daripada 32 cawangan yang layak mengadakan persidangan telah mengemukakan usul supaya tiga jawatan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden I tidak dipertandingkan.
“Ini bermakna penyandang jawatan Presiden, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Timbalan Presiden, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, dan Naib Presiden I, Pengiran Japar Pengiran Osman, menang tanpa bertanding,” katanya.
Beliau berkata, bagi sembilan jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat (AJP) yang akan dipertandingkan, beberapa nama telah dikemukakan dan dicalonkan oleh cawangan-cawangan.
Menurut Norhasan, senarai penuh calon yang layak bertanding akan diumumkan kepada seluruh ahli dalam masa terdekat.
Beliau berkata, AJP dalam mesyuaratnya dua minggu lalu turut memutuskan bahawa Mesyuarat Agung Tiga Tahun Perwakilan PMBS bagi sesi 2026-2028 akan diadakan pada 13 Jun 2026 di Dewan Saadah Wisma MUIS bermula pada pukul 8.30 pagi.
“Sebelum mesyuarat agung itu, kita juga akan mengadakan Forum Etnik Budaya Masyarakat Brunei Sabah yang dijangka dihadiri lebih 300 perwakilan dan pemerhati,” katanya.
Beliau berkata, mesyuarat agung berkenaan akan dirasmikan oleh Mohd Arifin yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Exco Agama Islam Sabah.



