ADVERTISEMENTspot_img

Theodorus Clarence cipta sejarah bakal melangkah ke Kejuaran Dunia Pertandingan Pidato Peringkat Serantau

Clarence (dua dari kanan) Azhar (kanan sekali) bersama dua pemenang tempat kedua dan ketiga

LABUAN: Guru bahasa Inggeris dari SK Tanjung Aru di sini Theoduros Clarence Tessensohn mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Labuan apabila muncul juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Toastmaster Daerah 87 peringkat serantau yang diadakan di Sibu, Sarawak, baru baru ini.

Pada pertandingan itu Clarence telah menewaskan lima finalis lain dan akan bersaing diperingkat suku akhir
dengan juara-juara serantau yang lain.

Seandainya beliau berjaya di peringkat tersebut, beliau akan bertanding di pusingan separuh akhir Kejuaraan Dunia Pidato Awam, yang dijadualkan berlangsung di Vancouver, Kanada, pada bulan Ogos ini.

Daerah 87 mempunyai lebih 100 kelab yan membabitkan kelab-kelab Toastmasters di seluruh Malaysia Timur, Brunei, Indonesia dan Timor Leste dengan keahlian hampir 2,000 orang.

Clarence yang mewakili Kelab Toastmasters Labuan, bukanlah asing dengan kejayaan di peringkat serantau.

Sepanjang beberapa tahun lalu, beliau telah meraih gelaran dalam kedua-dua pertandingan Pidato Penilaian dan Pidato Spontan anjuran Toastmaster.

Clarence dalam satu hantaran Facebook, menzahirkan kegemberiaan dengan pencapaian tersebut.

“Bermula dengan impian lebih lapan tahun lalu, sebiji benih kecil telah ditanam dalam diri saya. Ia memberi inspirasi, kekaguman, dan keazaman untuk saya berdiri di pentas besar itu,” tulisnya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya sepanjang pertandingan tersebut.

Sementara itu, Presiden Kelab Toastmasters Labuan, Noramal Amirah menggelar kemenangan ini sebagai bersejarah.

“Ini adalah kali pertama ahli kelab kami memenangi kategori ini. Kami amat berbangga dengan pencapaian Clarence dan akan terus menyokongnya dalam usaha mengejar kejayaan yang lebih cemerlang pada bulan-bulan mendatang.” katanya.

Dalam pada itu, Azhar Othman, mantan Presiden kelab tersebut dan Pengarah Divisyen K yang akan datang, menegaskan bahawa kejayaan Clarence bukanlah suatu kebetulan.

“Ini bukanlah nasib semata-mata, dia telah berlatih dan memperhalusi pidatonya bersungguh-sungguh. Clarence memang layak menang. Semua kerja keras itu akhirnya membuahkan hasil.” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN