ADVERTISEMENTspot_img

𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐁𝐈𝐈𝐁𝐁𝐅 𝟐𝟎𝟐𝟕

Mohd Rafi (tiga dari kiri) menerima Bendera BIIBBF daripada Ramli.

KUCHING: Wilayah Persekutuan Labuan bakal menjadi tuan rumah penganjuran Borneo Island International Big Bike Festival (BIIBBF) 2027.

Pengumuman Labuan sebagai tuan rumah BIIBBF 2027 berlangsung sempena Majlis Penutupan BIIBBF di Kuching Waterfront selaku tuan rumah BIIBBF kali ke 24, pada Sabtu.

Pada majlis itu, Presiden LA Riders, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan menerima penyerahan bendera BIIBBF daripada Presiden  Borneo Island Big Bikers (BIBB) Sarawak, Ramli Tuah sebagai simbolik Labuan tuan rumah penganjuran BIIBBF kali ke 25 tahun hadapan.

Sementara itu, Mohd Rafi berkata pengumuman sebagai tuan rumah itu merupakan satu berita yang penuh berkmakna dan bersejarah, ini kerana penganjuran BIIBBF tahun hadapan adalah bersempena dengan sambutan Jubli Perak BIIBBF ke 25 tahun.

“Sudah pasti penganjuran Labuan sebagai tuan rumah cukup bermakna dan bersejarah kerana seluruh komuniti bikers dari kepulauan Borneo akan berkampung di Labuan untuk meraikan Jubli Perak 25 tahun BIIBBF dan ini sekaligus menyaksikan Labuan sebagai destinasi penganjuran Festival terbesar di rantau Borneo”katanya.

Mohd Rafi berkata penganjuran Jubli Perak BIIBBF itu akan berlangsung selama tiga hari bermula 29 Hingga 31 Oktober 2027.

Beliau berkata, LA Riders akan bersedia menyambut kehadiran ratusan penunggang dan peminat motorsikal berkuasa besar dari seluruh Kepulauan Borneo dengan menyediakan pelbagai pengisian yang menarik sesuai dengan sambutan Jubli Perak BIIBBF.

“Penganjuran ini bukan sahaja menjadi simbol perpaduan dan persaudaraan komuniti bikers, malah mampu merancakkan sektor pelancongan, ekonomi serta memperkenalkan Labuan di peringkat antarabangsa”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN