ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 30 buah rumah rosak dibadai puting beliung

Simsudin menyerahkan bantuan kecemasan kepada salah seorang isi keluarga mangsa puting beliung sambil diperhatikan Rithuan (kanan sekali), Fadzilah (dua dari kiti) dan Mohammad (kiri sekali)

LABUAN:Lebih 30 buah rumah di Taman Perumahan MPL Batu Arang, Kampung Lajau mengalami kerosakan teruk selepas di badai puting beliung,semalam.

Kejadian yang berlaku kira kira jam 10 malam itu menyebabkan sebahagian besar atap dan bumbung rumah penduduk diterbangkan angin selain kejadian pokok dan tiang elektik tumbang.

Turut mengalami kerosakan beberapa buah kereta penduduk yang dihempap serpihan bumbung rumah yang berjatuhan di sekitar tempat kejadian.

Manakala dua warga emas dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terkena serpihan kayu bumbung atap yang jatuh dan mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan, Rithuan Mohd Ismail yang membuat tinjuan mengenai kejadian itu berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian berkenaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan kira-kira 10.12 malam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Timbalan Ketua Pegawsi Eksekuitf Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmod, Ketua Kampung Lajau, Mohammad Jakob dan Ketua Kampung Tanjung Aru, Jamil Haji Kario.

Keadaan rumah yang rosak teruk selepas dibadai puting beliung.

Rithuan berkata, berikutan kejadian itu, pihaknya telah membuka Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Balai Bomba dan Penyelamat Rancha-Rancha bagi menempatkan ahli keluarga yang terjejas dengan bencana tersebut.

“Pihak JBPD Labuan mengambil tindakan terus membuka Pusat Penempatan Sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa-mangsa yang terlibat”, katanya,

Rithuan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan memaklumkan, pihaknya turut menyalurkan bantuan kecemasan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada ketua isi keluarga yang ditimpa musibah dan bantuan susulan akan disalurkan berdasarkan penilaian kerosakan yang dialami setiap rumah.

Selain Perbadanan Labuan, beberapa agensi dan jabatan di bawah JPBD Labuan turut turun padang bagi membantu menyelaras saluran bantuan dan tindakan susulan yang perlu diambil dengan kadar segera.

Antaranya, Angkatan Pertahanan Awam, JBPM Labuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan dan Unit Penyelarasan Pelaksaaan Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM).

Turut meninjau dan menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban mangsa ialah Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN