MOU…Ustaz Bungsu (duakanan) dan wakil UIN Indonesia menunjukan dokumen yang telah ditandatangani bersama wakil kedua-dua pihak.
SALATIGA, INDONESIA : Pemeterian Memorundum Persefahanan antara Universitas Islam Negeri (UIN) Salatiga Indonesia bersama Maahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Al-Jazari Negeri Sabah merupakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan strategik dalam bidang pendidikan Islam, tahfiz al-Quran, penyelidikan akademik serta pembangunan modal insan antara Sabah dan Indonesia.
Melalui memorandum persefahaman tersebut, kedua-dua institusi akan bekerjasama dalam pelbagai aspek termasuk pertukaran ilmu, program akademik, pembangunan pelajar dan guru tahfiz, latihan kepimpinan serta aktiviti penyelidikan dan dakwah.
Wakil kedua-dua pihak menyatakan bahawa kerjasama ini diharap mampu memperkasakan institusi pendidikan Islam serantau selaras dengan perkembangan pendidikan global dan keperluan generasi masa kini.
Selain itu, inisiatif ini juga diyakini dapat melahirkan lebih ramai generasi huffaz yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan al-Quran, malah mempunyai pengetahuan akademik, kepimpinan serta sahsiah yang tinggi.

CENDERAHATI…Ustaz Suhaidi berbaju kuning menyampaikan cendera kenangan kepada wakil Masjid Raya Baitur Rahman.
Majlis berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan ukhuwah dengan kehadiran delegasi daripada Sabah dan pihak pengurusan UIN Salatiga diadakan di Kampus UIN baru-baru ini.
“Dengan termeterainya MoU ini, kedua-dua institusi optimis hubungan dua hala dalam bidang pendidikan Islam akan terus berkembang dan memberi manfaat besar kepada masyarakat serta pembangunan ummah di rantau ini,” wakil kedua-dua badan agama itu lagi.
Turut hadir menyaksikan MOU itu, Mufti Wilayah Sabah, SS, Datuk Haji Bungsu@Aziz Bin Hj Jaafar, lmam Masjid Negeri Sabah Ustaz Suhaidi bin Kuating ,pengerusi ALP maahad Tahfiz Al Quran Ibun Al-Jazari, Hj Hasri Bin Hj Jair bersama Ahli Lembaga Pengarah MTIJ.
Sementara itu rombongan juga berkesempatan melawat Masjid Raya Baitur Rahman Marang sebagai penanda aras Masjid Negeri.
Ketibaan rombongan mereka disambut oleh Setiausaha Masjid itu dan Ahli Jawatankuasanya.



