Suspek ketika di bawa ke Mahkamah Majestrit untuk permohonan reman.
LABUAN: : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Labuan menahan seorang penjawat awam kerana disyaki
menyalahgunakan kuasa dengan
mengemukakan lesen Syarikat Kontraktor utama (maincon) untuk melantik syarikat sub kontraktor (subcon) milik ahli keluarganya untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan fasiliti dan penyelengaraan di Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan bernilai RM2. 6 juta.
Suspek yang bertugas sebagai Penolong Jurutera Kanan ditahan reman selama 6 hari bermula hari ini (Rabu) untuk membantu siasatan.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majestrit Dr. Melissa Chia selepas permohonan dibuat oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Andrew Alexandar Malibun di Mahkamah Majestrit Labuan, pada Rabu.
Turut ditahan untuk membantu siasatan dua pemilik syarikat kontraktor yang ada kaitan kekeluargaan dengan suspek.
Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Labuan, Muhammad Azis Malmod mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 29 Akta SPRM 2009.



