ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki Melecur Dalam Kebakaran Deretan Premis Kedai Petang Jumaat

API memusnahkan lot kedai di )ekan Kecil Timbua

RANAU: Seorang lelaki melecur selepas terlibat dalam satu insiden kebakaran melibatkan satu deret premis kedai yang berlaku di sini petang hari Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Rantey Fred berkata, kejadian tersebut berlaku di Pekan Kecil Timbua pada kira-kira jam 6 petang.

“Kita menerima panggil kecemasan melalui talian NG999 lalu menggegaskan sekumpulan 6 anggora Bomba diketuai Komander Operasi PBK Mastin Suli ke lokasi itu.

“Setiba di tempat kejadian yang terletak 36 kilometer dari Balai Bomba Ranau, kita mendapati berlaku kebakaran melibatkan sederet (11lot) rumah kedai (kedai runcit dan restoran) dan dua buah kenderaan (sebuah terbakar hangus dan sebuah lagi hanya melibatkan kerosakan bahagian bumper) serta beberapa buah motosikal (dalam bengkel motor).

“Makluman dari pemilik-pemilik kedai, selain harta benda, dokumen peribadi mereka seperti kad pengenalan dan lain-lain dokumen juga turut musnah terbakar,” katanya.

Menurut Rantey, dalam kejadian tersebut seorang pemilik kedai berumur 36 tahun mengalami kecederaan ringan iaitu melecur tapak tangan dan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Timbua oleh kakitangan klinik tersebut.

Agensi lain yang terlibat dalam operasi itu ialah 4 orang anggora PDRM dan 2 orang anggora Sabah Electricity.

Tambahnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan. Setelah memastikan keadaan terkawal, operasi ditamatian pada jam 9.31 malam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN