Rithuan bersama dif dif jemputan melepaskan para peserta cabaran memancing laut dalam LISC 2026 di jeti Marina Awam Labuan, pada Rabu,
LABUAN Seramai 225 pemancing laut dalam membabitkan 169 peserta luar nergara dan 59 peserta tempatan memulakan cabaran memancing laut dalam sempena Labuan International Sea Challenge (LISC 2026).
Pertandingan memancing laut dalam yang merupakan pembuka tirai LISC 2026 telah pun berlepas ke perairan Terumbu Ubi dan Terambu Semarang Barat Besar dekat Pulau Layang Layang bersama 22 bot yang disediakan oleh pihak penganjur.
Acara perlepasan pertandingan berprestij itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail di jeti Marina Awam, dekat sini, pagi ini (Rabu).
Antaranya peserta luar negara yang menyertai cabaran itu ialah Hong Kong, Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan China.
Sementara itu, pertandingan yang jaraknya sejauh 160 batu nautika dari Labuan itu akan berakhir pada 3 Mei depan.
Hasil tangkapan ikan akan dipamerkan kepada pengunjung sebelum dilelong kepada orang ramai di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Untuk rekod pada LISC tahun lalu (2025) pemancing dari Sabah, Wyner Vilus Boijon@ Rayner mencipta sejarah Cabaran LISC
apabila berjaya menaikkan ikan Marlin Hitam (Black Marlin) terbesar seberat 230 kg. Ia merupakan tangkapan terbesar sejak LISC diperkenalkan pada tahun 1997.



