ADVERTISEMENTspot_img

Kepelbagaian etnik dan budaya menjadi aset pelancongan

Khairol memukul gong simbolik perasmian Sodop Unduk Ngadau Kaamatan 2026 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan,

LABUAN: Kepelbagaian etnik dan budaya yang terdapat di Pulau Mutiara Borneo khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan adalah antara aset pelancongan yang bukan sahaja bernilai tetapi memberi impak positif kepada industri pelancongan.

Demikian kata Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Wilayah Persekutuan Labuan, Khairul Amin Abd. Rashid ketika merasmikan Majlis Sodop Unduk Ngadau Kaamatan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di hotel Lazenda pada, Sabtu.

Beliau berkata, acara “Sodop Unduk Ngadau” bukan sahaja berperanan sebagai platform mengenal pasti ikon kecantikan, malah ia sebagai salah satu usaha memelihara khazanah warisan negara, selain menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Tidak dapat kita nafikan Majis Sodop Unduk Ngadau Kaamatan yang bertemakan“Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”, adalah sangat selari dengan peranan MOTAC dimana budaya bukan sekadar tarian atau pakaian tetapi ia adalah nadi kepada perpaduan bangsa” , katanya.

Khairul berkata penganjuran Sodop Unduk Ngadau Kaamatan juga memainkan peranan dalam menyatukan perayaan yang berprestij dengan menghatar satu representasi visual kepada seluruh
dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang harmoni dan kaya dengan budi bahasa.

Beliau turut memuji KDCA Labuan yang telah berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan menampilkan keindahan busana terutamanya melalui Basaan Tinunturu om Linangkitan Notinagas (Pakaian Sulaman Tangan Tercantik) dan Basaan Tinandai Togingo (Pakaian Kontemporari Tercantik) yang memaparkan rekaan pakaian malam berkonsep identiti etnik yang diadun dengan elemen moden yang elegan.

” Ini adalah bukti bahawa warisan negara tidak hilang ditelan zaman, malah terus berkembang dan kekal relevan merentasi arus pemodenan tanpa meminggirkan jati diri asal” jelasnya.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan, kepada tujuh (7) orang peserta akhir Unduk Ngadau yang menjadi duta kecil kebudayaan negara agar terus menggunakan peluang
untuk memperkasa diri, menimba ilmu dan yang lebih penting menjadi penyambung warisan kepada generasi akan datang.

“Kami dipihak Kementerian akan sentiasa menyokong usaha- usaha murni yang bukan sahaja memelihara seni dan budaya, malah memperkukuh rantaian ekonomi kreatif tempatan melalui bakat-bakat yang di pertonyonkan kepada masyakat khususnya dunia luar” katanya,

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Bese Labuan, Datuk Japar Estaban, Isteri Ahli Parlimen Labuan, Nur Camelia Ang Abdullah, Pengerusi Penyelaras KDCA Labuan, Peter Pikul dan Pengerusi KDCA Labuan, Sheiron Chang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN