Pasukan USK Karste Labuan yang cemerlang di kejohanan 15′ Silent Knight International Karate Cup 2026.
LABUAN: Pasukan Universal Shotokan Karate (USK) di bawah naungan Persatuan Karate Wilayah Persekutuan Labuan mencipta kejayaan apabila menduduki tangga ke lima pasukan terbaik di kejohanan 15th Silent Knight International Open Karate Championship 2026 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur baru baru ini.
Dalam kejohanan bertaraf antarabangsa itu pasukan USK Karate Labuan berjaya menempatkan dari dalam kelompok lima pasukan terbaik daripada 80 pasukan yang menyertai kejohanan itu.
Antara negara negara besar yang menyertai kejohanan berprestij iu termasuklah Indonesia, India, Sri Lanka, Japan, Syria dan Denmark.
Lebih membanggakan, kejohanan tetsebut mencatatkan penyertaan seramai 1,955 atlet, sekali gus menjadikan pencapaian pasukan Labuan sebagai satu manifestasi kecemerlangan luar biasa hasil dedikasi, disiplin serta semangat juang yang tinggi.
Pada kejohanan itu USK Karate Labuan menghantar seramai 20 atlet dengan membawa pulang 5 pingat emas, 2 perak dan 6 pingat gangsa.
Tiga pingat emas yang di bawa pulang melalui kategori Kata Lelaki Berpasukan (Aqib Aimar, Ayqal, Jayden Ho, Khaidyn Nazeem), Kata Veteran (Ho Chiang Seng) ,kategori Lelaki Kumitie 63kg (Muhammad Adil Mohd), Badruddin), Lelaki Kumite 55 kg (Ayqal Bin Mohd Dzulfadly) dan Kumite Wanita Senior 61 kg (Syarulniza Abdul Jamil).
Manakala dua pingat perak dihasilkan melalui Kumite Lelaki 45 kg (Jayden Ho) dan Kata Wanita Senior (Sarifin Tan).
Sementara enam pingat gangsa disumbangkan masing masing melalui kategori Kumite Wanita Kadet Junior Berpasukan (Martina Anne, Nur Ariesya Dayana, Mur Aleesya Dayana), Kata Lelaki 10-11 tahun (Mohamad Aqib Aimar Mohamad Affendi), Kata Lelaki 10-11 tahun (Jayden Ho), Kumite Perempuan 40 kg (Miegal),Kata Kadet Wanita (Nur Aleesya Dayana Asmadie) dan Pasukan Kata Wanita Kadet Junior (Erika Kathleen, Nur Aleesya Dayana, Nur Ariesya Dayana).
Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan keunggulan teknikal dan taktikal para atlet, malah memperlihatkan keberkesanan sistem latihan yang dirangka secara holistik dan berstruktur oleh barisan kejurulatihan USK Labuan.
Mengorak langkah ke hadapan, pasukan ini dijangka akan terus menggandakan usaha melalui latihan intensif sebagai persediaan menghadapi kejohanan kebangsaan junior yang bakal berlangsung pada penghujung April ini di Selangor.



