ADVERTISEMENTspot_img

Marutin, Ugai Tamang Teraju Senarai Penerima Anugerah PUSAKA Sabah 2024–2026

Presiden PUSAKA Sinawat @ Welly Antakah (duduk tengah) diapit oleh Ugai (kedua dari kanan) dan Marutin ( kedua dari kiri) bersama penerima anugerah pelbagai kategori.

KENINGAU: Dua tokoh, Marutin Ansiung dan Ugai Tamang, mendahului senarai penerima anugerah pada Majlis Penganugerahan Kecemerlangan Persatuan Keluarga Keturunan Pahlawan Ontoros @ Antenom (PUSAKA) Sabah bagi sesi 2024–2026.

Kedua-dua mereka menerima Sijil Kehormat Kepimpinan Kalawon sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan serta kepimpinan dalam memperkukuh perjuangan dan kesinambungan warisan persatuan.

Anugerah disampaikan oleh Presiden Persatuan Keluarga Keturunan Pahlawan Ontoros @ Antenom (PUSAKA) sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sesi 2024 – 2026 dan Anugerah Kecemerlangan PUSAKA yang berlangsung di Serdang Room Pusat Kraftangan Sabah di sini pada Sabtu.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah bagi beberapa kategori lain yang merangkumi bidang pendidikan, sukan, keusahawanan, pelancongan serta anugerah khas presiden.

Bagi kategori pendidikan, penerima terdiri daripada Richelle Edward, Clifford Sinawat, Betty Esther (Jurusan Aru Bayur), Sharon Ebalang (Aru Lantahon), Faraelvinna Paliton (Aru Apoi) serta Darren Agan Willy (Aru Sunggulan).

Dalam kategori sukan pula, Allorina Charlotte Lim Mei Xin (Aru Bayur), Nathanael Sandalone Maibin (Aru Sunggulan), Artemeor Saweeng Karim dan Anisha Binti Abdullah (Aru Apoi) turut diraikan atas pencapaian masing-masing.

Welly (duduk tengah) bersama peserta program Jejak Kubu Salangit pada 25 – 30 Mac 2026 yang turut menerima anugerah.

Sementara itu, Paliton Ansiyung menerima anugerah dalam kategori Keusahawanan dan Pertanian (MAFFI).

Kategori Pelancongan dan Rekreasi menyaksikan seramai 12 penerima termasuk Marutin Ansiung, Mairin Andawa, Daut Abdawa, Ebalang Baruh, Yusof Antawor, Janilye Eman, Jaibin Marutin, Lumambai Antawor, Angkarau Antawor, Mayaasin Andawa, Sukiam Samuil dan Jefri Ontoroh.
Anugerah ini sebagai penghargaan kepada mereka atas mereka menjejaki kubu Pahlawan Ontoros @ Antenom dalam program Jejak Kubu Salangit pada 25 – 30 Mac 2026.

Bagi Anugerah Khas Presiden, kategori Keluarga Mithali dianugerahkan kepada Keluarga Monica Damung, Keluarga Merlyn Kitan, Keluarga Mairin Andawa dan Keluarga Kamis Ansiyung.

Selain itu, anugerah Sanjungan Budi, Jasa Mu Dikenang diberikan kepada Kalawon Samad Lakai @ Albert PH(A), manakala kategori Perwakilan Keluarga Besar Negara Brunei Darussalam dianugerahkan kepada Kalawon Jusip Ak Linggi.

Anugerah Khidmat Organisasi pula diberikan kepada Kelab Kembara SK Ulu Bole atas sumbangan aktif dalam aktiviti komuniti dan organisasi.


Majlis penganugerahan ini menjadi simbol penghargaan terhadap usaha dan pencapaian individu serta kumpulan dalam pelbagai bidang, sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan dan kecemerlangan dalam kalangan ahli PUSAKA Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN