ADVERTISEMENTspot_img

Kakitangan Perpustakaan UMSKAL hadiri perkongsian ilmu Pengurusan Pejabat Yang Efisien

Rosnitah (dua kiri) dan Roslelawati (tiga kanan) bersama kakitangan yang menghadiri perkongsian ilmu ‘Pengurusan Pejabat Yang Efisien’ yang diadakan di Smart Space, Aras Bawah, Perpustakaan UMSKAL pada Khamis.

LABUAN:Kakitangan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengikuti perkongsian ilmu berkaitan Pengurusan Pejabat Yang Efisien di Smart Space, Aras Bawah, Perpustakaan UMSKAL pada Khamis.

Perkongsian ilmu itu disampaikan oleh Pembantu Pustakawan, Roslelawati Salim yang dihadiri kakitangan Perpustakaan UMSKAL.

Timbalan Ketua Pustakawan, Rosnitah Gumpar berkata perkongsian itu menekankan kepentingan pengurusan pejabat yang sistematik, teratur dan cekap bagi memastikan kelancaran operasi harian organisasi.

Antara perkara utama yang dikongsikan ialah pengurusan fail, penyediaan surat rasmi, pengurusan mesyuarat, tuntutan dan aset.

Rosnitah berkata perkongsian itu memberi manfaat besar kepada semua peserta sebagai panduan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan di tempat kerja.

Jelasnya, perkongsian ilmu adalah medium penyebaran maklumat, kemahiran, atau pengalaman bertujuan meningkatkan kefahaman dan profesionalisme, sering digunakan dalam majlis rasmi, seminar, atau media sosial.

“Tujuan utamanya adalah untuk belajar bersama, menyebarkan kebaikan dan meningkatkan kualiti kerja,”katanya.

Perpustakaan UMSKAL akan meneruskan program seperti ini yang bukan sahaja memberi manfaat kepada warga perpustakaan tetapi juga kakitangan dan mahasiswa kampus itu sendiri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN